persada

persada

Wednesday, September 5, 2012

Kata-Kata...

"Jika kita mengerti, seerat pegangan tangan lebih kukuh daripada tali rapuh yang mengikat??

Namun, adakah kita sedar pegangan tangan itu ibarat ukhuwah yang terjalin di antara kita sebagai saudara seagama, sehati dan sejiwa manakala tali yang rapuh itu pula ibarat bakal terjadinya  perpecahan ukhuwah yang tiada jalan penyelesaian?"

Adakah kalian memilih eratnya pegangan tangan ataupun eratnya tali yang rapuh yang mengikat mahupun memilih kedua-duanya?

Bagi diri ini, saya akan memilih kedua-duanya kerana manusia tiada kesempurnaan. manusia punyai kelemahan dan kelebihan tetapi terbatasnya sesuatu itu kerana hati dan niat. Jika hati sentiasa mengingati Allah, iman akan turut bertambah tetapi jika hati leka dari mengingati Allah, iman akan berkurang. Di situ kita dapat lihat keperibadian,wajah yang tenang dan sebagainya bagi seseorang muslim yang beriman.

Seorang muslim yang beriman akan sentiasa membetulkan diri agar menjadi lebih baik dari masa ke semasa, memaafkan orang lain dan sebagainya. Itulah kunci hati menjadi tenang. Semua orang boleh mendapat kunci ketenangan itu namun kita tidak dapat lari dari godaan syaitan sehingga kita menjadi ragu-ragu. Jika ingin berjaya, perlulah kita berusaha memperbaiki diri agar kita temui petunjuk untuk mencari kunci itu. Kesabaran, ketenangan, dan berfikiran positif sudahlah pasti menjadi pegangan kita semua untuk berjaya..

Itulah maksud tersirat yang dapat kita hayati kerana maksud yang tersurat dan nyata tentang kata-kata petikan ialah menerangkan bahawa jika kita berpegang pada suatu perkara tanpa memikirkan kelemahan dan melebihkan kelebihan mahupun tanpa memikirkan kelebihan dan melebihkan kelemahan

bersambung............

No comments: