persada

persada

Thursday, December 29, 2011

Bercinta Sebelum Vs Selepas Kahwin

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya. Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin ad...ala...h mustahil untuk dikecapi. Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi. Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.  Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin: Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri. Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan. Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.   Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah. "Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".   Bercinta sebelum kahwin: Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali. Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka. Ungkapan-Ungkapan romantis seperti   "I love you my dear..". "I love you so much darling...". "I tak boleh hidup tanpa sayang...". "Sehari tak berjumpa,serasa setahun..." "Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing   Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah. Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata: "Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman". Renungilah Firman-Firman ALLAH: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21) "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)   Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam: "Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai). "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".  Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya

Marah

Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya... ja...uh ke dalam tasik hati dari menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang. Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri. Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu. Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup berumah tangga, setiap pasangan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar Sabda Nabi S.A.W, "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud

Sunday, December 11, 2011

Lelaki idaman…

sekadar bekongsi ilmu yg ada ^__^

Lelaki idaman… 

Seorang lelaki yang aku idamkan 
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Thursday, December 1, 2011

Perkongsian Bersama


Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.



Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


 Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

...
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 
kematian.


۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.


۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.


۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....


Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG

Monday, November 28, 2011

Biarkan Masa Depan Datang Sendiri

{Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya.} 
(QS. An-Nahl: 1)


 Jangan pernah mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah Anda 
mau mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dlkAhirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba, belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Jika demikian, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, dan meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan? 
Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam gaib dan belum turun ke bumi. Maka, tidak sepantasnya kita menyeberangi sebuah jembatan sebelum sampai di atasnya. Sebab, siapa yang tahu bahwa kita akan sampai atau tidak pada jembatan itu. Bisa jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jembatan itu, atau mungkin pula jembatan itu hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan bisa jadi pula, kita akan sampai pada jembatan itu dan kemudian menyeberanginya. 

Dalam syariat, memberi kesempatan kepada pikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam gaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru di duga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Pasalnya, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Secara nalar, tindakan itu pun tak masuk akal, karena sama halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang. Namun ironis, kebanyakan manusia di dunia ini justru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabah penyakit dan krmjekonomi yang kabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah bagian dari kurikulum yang diajarkan di "sekolah-sekolah setan". 
{Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia.} 
(QS. Al-Baqarah: 268) Mereka yang menangis sedih menatap masa depan adalah yang 
menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sadar bahwa usia hidupnya berada di 'genggaman yang lain' tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu kapan akan mati, tentu salah besar bila justru menyibukkan diri dengan sesuatu yang belum ada dan tak berwujud. 
Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan kabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan petakanya. Sebab, hari ini Anda sudah sangat sibuk. 
Jika Anda heran, maka lebih mengherankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh karena itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.

Wednesday, November 16, 2011

Perkongsian Bersama..

Meninggalkan Solat setiap waktu..
Subuh : Diseksa selama 60 tahun di neraka
Zohor : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang islam.
Asar : Dosanya seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib : Dosanya seperti berzina dengan orang tua sendiri.
Isyak : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah dan disegerakan ia mencari tempat yang lain..

Renungan Bersama..

Sunday, November 13, 2011

Siapakah Mahran Para Wanita??

Dewasa ini muslimah sering keliru mengenai siapakah mahram mereka. Bagi menjawab kekeliruan tersebut nisa' senaraikan golongan mahram wanita dengan harapan nisa'-nisa' diluar sana akan lebih memahami siapakah mahram mereka dan siapakah ajnabi mereka. 
Mahram adalah golongan yang haram dikahwini,ajnabi adalah golongan yang haram diperlihatkan aurat kepada mereka. Lelaki selain mahram adalah ajnabi.
SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM DENGAN WANITA.
1. Suami
2. Bapa sendiri ( bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.
~semoga bermanfaat~
wallahualam

Assalamualaikum...

❤*❤* (¯`v´¯) Assalamu'alaikum....
♥✿ Teruslah berbuat baik .....berkata baik
♥✿ Memberi nasihat yg baik...walaupun tak ramai org mengenalmu sekalipun di alam maya..
♥✿ Jadilah spt jantung yg tak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat...hingga membuat kita terus hidup

*¨`*•. (¯`v´¯) vاﷲِ(¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ ....vاﷲِ ✿ •. ♥ ✿ •*¨vاﷲِ`*• ⊹⊱✿♥

Firman Allah "Orang- orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan) Dan bumi Allah itu adalah luas" -[Az-Zumar: 10]-

*¨`*•. (¯`v´¯) vاﷲِ(¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ .vاﷲِ ✿ •. ♥ ✿ •*¨vاﷲِ`*•

⊹⊱✿♥Sahabatku lakukanlah kebaikan & perbanyakkanlah membuat kebaikan hanya kerna الله♥ALLAHURABBI

SubhanAllah..

SubahanAllah…..


Untuk mencintai Allah SWT kita juga perlu mencintai kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Untuk mencintai baginda, sunnah harus dihidupkan dan selalu berselawat kepada baginda...


Untuk mincintai Allah, diri ini dengan lemahnya mengakui bukan suatu yang senang. Belum tentu dalam segala urusan walau sekecil apa pun ku letakkan Yang Maha Melihat di depan...

Namun begitulah, jika benar kamu ingin disenangi orang, maka cintalah Sang Pencinta...Allah SWT!!!...

Jika mahu mencintai, tirulah Pengamal cinta...Nabi Muhammad SAW!!!...

Cinta kelas pertama,ku namakan cinta agung dengan mencintai sang pemilik diri ini. Kemudian ibu bapa,suami,anak2,dan sahabat2 ciptaan Allah SWT...

Cinta paling rendah, cinta pada sang lelaki/wanita yang bukan bergelar suami/isteri. Cinta yang mampu membawa pada zina, dan fitnah...MasyaAllah...

Tips....

~♥~Cara2 Menyerikan muka dan Membuatkan tiap hamba Allah melihat muka kita menjadi tenang..~♥~


✾ ✾ Rajin Mengambil Wudhu..InsyaAllah..✾ ✾


✾ ✾ Rajin Solat Dhuha..InsyaAllah..✾ ✾


✾ ✾ Rajin Solat Tahajud..InsyaAllah..✾ ✾


✾ ✾ Sentiasa ikhlas dan lakukan segala2nya kerana Allah..InsyaAllah..✾ ✾


❣❣ Sungguh ana ambil dahulu..Dari Hamba Allah..Selamat Beramal..^__^ ❣❣

DOA DITETAPKAN IMAN:


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 

(Rabbana Laa Tuzikh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab)

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

(Yaa Muqallibal Quluub, sabbit Qalbi ‘Ala Diinik)

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

(Allahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik)

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Ketiga doa di atas adalah doa yang bersumber dari Al Qur’an dan sunnah sohihah. Maka seorang muslim patut menghafal dan memunjatkannya kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya

Jodoh....

‎~♥~Jodoh~♥~

►►►Rupa◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih Rupa..Tetapi bertanya..Adakah dirimu secantik Nabi Yusuf..✽ ✽

►►►Harta◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih harta..Tetapi bertanya..Adakah dirimu sekaya akhlak Nabi Muhammad s.a.w..✽ ✽

►►►Pangkat◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih yang berpangkat..Tetapi bertanya..Adakah diriku setinggi darjatnya disisi Allah S.W.T ✽ ✽

►►►Cantik akhlak..◄◄◄

✽ ✽ Memilih akhlak yang berbudi pekerti..Tetapi sebelum pilih..bertanya pada diri..Adakah dirimu berakhlak mulia..✽ ✽

►►►Inginkan Yang Hampir Sempurna..◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih yang hampir sempurna..Tetapi bertanya..Adakah dirimu hampir sempurna..✽ ✽

❣❣ Jadilah solehah andai kamu inginkan yang soleh..Jadilah soleh andai kamu inginkan yang solehah.Sesungguhnya..Allah Tahu Yang Terbaik untuk hambaNya❣❣

❝Nasihat ini..sering ku pegang..Agar diriku perbaiki diriku andai ingin yang terbaik..Diriku penuh kekurangan.Sungguh diriku hanya hamba Allah yang dhaif❞

❝Jangan Mencari Yang Sempurna..Kelak..Merana dirimu..Kerana Itu..Ramai Orang Tiada bernikah..Tiada Manusia yang sempurna..Tetapi terimalah mereka seadanya❞

❂❂الله❂❂✌(◕‿◕)"✌ ░▒▓ Mencari Keredhaan Ilahi ░▒▓ ✌(◕‿◕)"✌ ❂❂الله❂❂



Di Ambil dari Sahabat.....

Thursday, November 10, 2011

Manusia Yang Bagaimana??

makin hari makin takut baca ayat ni...smakin nk cari lg dn lg kebenarannya....apkah da bnyak manusia jenis ni??Al-Quran x guna?

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (Al-Kahfi 18:54

Senyum

senyum seindah suria, yang membawa cahya,
senyumlah dari hati,dunia mu berseri =)
senyum umpama titian, dalam kehidupan,

kau tersenyum =))
ku tersenyum=))
kemesraan menguntum...

senyum..=)) -kepada semua..
senyuman mu amatlah berharga..
senyum..=)) -seperti Rasulullah
dengan senyuman terjalin lah....ukhuwah..

Muhasabah Diri



'Ukhwah' bukan satu tiket membolehkan perbualan mesra di alam maya.

Cukup bagi ana bermesra dengan sesama jantina
Tinggikan rasa malu dengan yang berlainan jantina.

Ikhtilat di alam maya dan nyata perlu sama dijaga
Kerna Allah memerhatikan kita tiap masa dan ketika.

Wahai muslimah
Jangan mudah berbalas komen dengan lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting yang memerlukan perhubungan dengan lelaki
Pelihara maruahmu
Jaga akhlakmu

Wahai muslimin
Bataskan bicara dan kemesraanmu
Jagalah hati para mujahidah yang mudah terusik dengan kebaikanmu.

Jangan terlalu asyik di alam maya
Hingga terabai perjuangan di alam nyata

Peringatan buat diri agar tidak lalai dan terleka

InsyaAllah
Amin~

ISLAM AKAN BANGKIT DI AKHIR ZAMAN


~Jika kamu mengkagumi akal dan fikiran Steve Jobs...dia sudah mati.

~Jika kamu suka nyanyian & tarian Michael Jackson, dia juga sudah mati.

~Jika kamu kata Mike Tyson hebat, dia menangis di depan kaabah.

~Jika kamu kagumi petikan gitar Sham Kamikaze, dia kini mencari keredhaan Allah.

~Jika kamu dulu suka jenaka Bob Lokman, dia kini menghambakan diri untuk dihina demi Allah.

~Jika dulu kamu suka berdangdut, Raja dangdut Iwan ingin menghabiskan sisa hidupnya dgn berdakwah.

~Jika kamu mengkagumi kekayaan Sultan Brunei...baginda takut untuk tidak melaksanakan hukum Allah kerana bimbang apa yg ingin dijawab dihadapan Allah nanti...

~Nama2 hebat yg kamu kagumi akhirnya mati. Mereka yg masih hidup pula, mereka kini amat gerun dgn Allah...

Percayalah kata Rasulullah saw, Islam akan bangkit di akhir zaman..."berdoalah kamu, kamu bukan tergolong dlm golongan yg dalam kerugian! Amin...

SENARAI 10 CARTA DOSA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH YANG BAKAL ANDA TERIMA DI AKHIRAT


* Peringatan buat diriku serta rakan-rakan seagama yang selalu terlupa dan leka...

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka

6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang

Imam Bukhari: Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid

Imam Bukhari: Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid

*Artikel ini adalah sinopsis dan saringan daripada Kuliah Shahih Bukhari, Kitab Solat pada 10hb Sept 2011Bertempat di Bangunan Tabung Haji, Kota Bharu, Kelantan yang bertajuk:

بَاب نَوْمِ الْمَرْأَةِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab Tidur Orang Perempuan Dalam Masjid

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنَ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ قَالَتْ فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ قَالَتْ فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ قَالَتْ فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ قَالَتْ فَاتَّهَمُونِي بِهِ قَالَتْ فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا قَالَتْ وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتِ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ قَالَتْ فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ قَالَتْ فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ قَالَتْ فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ قَالَتْ عَائِشَةُ فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ قَالَتْ فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي قَالَتْ فَلا تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلا قَالَتْ وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلا إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلا قُلْتِ هَذَا قَالَتْ فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ

`Ubaid bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `Aaisyah bahawa ada seorang hamba perempuan berkulit hitam kepunyaan satu keluarga `Arab. Setelah keluarga itu memerdekakannya dia tetap hidup bersama mereka. Bekas hamba perempuan itu bercerita, katanya: “Pernah seorang anak perempuan keluarga tersebut keluar dengan memakai selempang merah daripada kulit yang bertatahkan permata. Dia meletakkan selempangnya atau selempangnya terjatuh daripada tubuhnya. Tiba-tiba seekor helang lalu di situ dan ia ternampak selempang yang berada di atas tanah itu. Kerana menyangka daging, helang itu menyambarnya. Mereka pula mencarinya tetapi tidak dijumpai.” Hamba perempuan itu bercerita lagi: “Setelah menuduh aku mengambilnya mereka terus memeriksaku sehingga mereka memeriksa kemaluannya.” Bekas hamba perempuan itu meneruskan ceritanya: “Demi Allah! Sesungguhnya ketika aku sedang berdiri bersama mereka tiba-tiba lalu burung helang tadi dan dilepaskannya selempang itu, ia jatuh di hadapan mereka. Aku lantas berkata: “Inilah yang kamu tuduh aku mengambilnya. Kamu menganggap aku mengambilnya padahal tidak. Nah! Inilah dia selempang itu.” Kata `Aaisyah: “Hamba perempuan ini kemudiannya datang menemui Rasulullah s.a.w. dan memeluk Islam. Dia mempunyai khibab (khemah kecil, gubuk ataupun pondok kecil) di dalam masjid. Dia selalu datang bercakap-cakap denganku dan setiap kali datang, dia tidak lupa mengungkapkan syair ini: “Hari selempang adalah antara keajaiban Tuhan kita, bagaimana pun ia telah menyelamatkan daku dari negeri kafir.” Pernah saya bertanya kepadanya: “Kenapa setiap kali kamu duduk di sampingku maka engkau mesti mengungkapkan syair ini?” Lalu beliau mengisahkan peristiwa tadi kepadaku.”

Hari Jumaat Hari Yang Istimewa Dan Mulia

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1) Allah ciptakan Adam , 
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Doa Agar Hati Menjadi Tenang

اللهُمّ إنّي أسْألُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِـنّةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائـِكَ، وَتَرْضَىْ بِقَضَائِكَ، وَتَقْـَنَعُ بِعَطَائِكَ


"Ya Allah, aku memohon daripadaMU jiwa yg tenang, yg beriman dgn pertemuan dgnMU, redha dgn ketentuanMU, dan berasa cukup dgn pemberianMU".

Tuesday, November 8, 2011

Rehat

Jangan bersedih, sebab Allah senantiasa membela Anda, para malaikat selalu memintakan ampunan untuk Anda, orang-orang mukminin bersatu mendoakan diri Anda setiap usai shalat, Nabi memberikan syafaat, dan ab Qur'an memberikan janji yang baik. Namun di atas segalanya, ada kasih sayang Dzat Yang Maha Pengasih.
Jangan bersedih, sesungguhnya satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya hingga tujuh ratus kali lipat. Bahkan dengan kelipatan yang tidak terhingga. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan yang serupa, kecuali jika Allah memberikan ampunan. Bukankah Allah memiliki demikian banyak kemurahan yang tidak ada bandingannya?
Jangan bersedih, karena Anda termasuk pemuka-pemuka tauhid, pembawa agama yang hak, dan ahli kiblat. Dalam diri Anda terdapat dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasululah. Anda merasa menyesal saat melakukan dosa, dan gembira saat melakukan kebaikan. Anda memiliki kebaikan tapi tidak menyadarinya.
Jangan bersedih, sebab Anda selalu berada dalam kebaikan, baik dalam keadaan sengsara maupun bahagia, dalam keadaan kaya maupun miskin, dan dalam keadaan tertekan maupun lapang. Sebagaimana Rasulullah sabdakan, "Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin." 

Jangan Bersedih Karena Perlakuan Orang Lain, Tapi Lihatlah Perlakuan Mereka Terhadap Sang Khaliq

Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az-Zuhd, Allah pernah berkata: "Sungguh aneh kamu wahai anak Adam. Aku ciptakan kamu, namun kamu
menyembah selain Aku, dan Aku beri kamu rezeki namun kamu bersyukur pada selain Aku. Aku berikan cinta-Ku melalui nikmat-nikmat itu, padahal Aku sama sekali tidak membutuhkanmu, namun kamu melakukan kebencian pada-Ku dengan melakukan kedurhakaan padahal kamu sangat membutuhkan-Ku. Kebaikan-Ku turun kepadamu, namun kejahatanmu naik pada-Ku."
Dikisahkan dalam catatan biografi Isa a.s. bahwa ia telah mengobati sebanyak tiga puluh orang sakit dan telah menyembuhkan banyak orang buta, namun mereka itu kemudian berbalik menjadi musuh-musuhnya.

Sang Perintih

Wahai sang perintih
kau tak perlukan ubat apa pun
Bagaimana kau boleh rasakan nikmatnya makan
jika yang kau makan adalah penyakit.
Apakah kau hanya melihat onak bertebaran
seraya membutakan diri
melihat di atasnya bertaburan mahkota
dan kau hanya melihat pada paras rupa yang buruk.
Kau tidak melihat bahawa ada wujud yang indah.

Monday, November 7, 2011

Doa Pagi



أصبحنا و أصبح الملك لله و الحمد لله و لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك و له الحمد وهو على كل شئ قدير

Siapa yang paling bijak???

Sapa paling bijak dalam dunia? Ahli Physics? Ahli Metaphysics? Ahli gereja? Ahli kubur?

Paling bijak antara kalian adalah paling banyak ingat mati.

Berkata Ibnu Umar r.a. : 

"Pada satu hari aku datang bertemu Rasulullah saw. Rasulullah saw berada di tengah para sahabat, lalu berdiri seorang sahabat dari golongan Ansar bertanya pada Rasulullah saw : Ya Nabiyallah. Siapakan manusia paling pintar dan siapa pula paling cerdas akalnya? Rasulullah saw menjawab : Yang paling cerdas dan paling pintar adalah orang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak bekalan menghadapi mati. Merekalah manusia paling pintar dan paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

Masha-Allah

Friday, October 7, 2011

Petua Imam Syafie

Empat perkara yang menguatkan badan
>memakan daging
>memakai haruman
>kerap mandi
>berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
>banyak berkelamin(bersetubuh)
>selalu cemas
>banyak minum air ketika makan
>banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
>duduk mengadap qiblat
>bercelak sebelum tidur
>memandang yang hijau
>berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakkan mata
>memandang najis
>membelakangi qiblat
>melihat kemaluan
>melihat orang yang dibunuh

Empat perkara yang menajamkan fikiran
>tidak banyak berbual kosong
>rajin bersugi(gosok gigi)
>bercakap dengan orang soleh
>bergaul dengan ulama'

4cara tidur...
>Tidur Para Nabi ~* tidur terlentang dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
>Tidur Para Ulama' dan Ahli Ibadah ~* mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga malam
>Tidur Para Raja Yang Haloba ~* Mengiring ke sebelah kiri tuk memudahkan pencernaan makanan
>Tidur Syaitan ~* tidur meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Selamat Beramal...

Monday, October 3, 2011

Jangan pernah mengalah,hidup ini pasti manis jika bersandarkan pada Allah:)

dahulu,ketika aku diuji dengan ujian yang kecil jika dibandingkan dengan kekasih Allah yang mulia..aku berasa amat sedih..aku kecewa,hampir putus asa..aku tidak yakin diri dan berasa rendah diri..kini,rupanya pengalaman itu dapat aku kongsikan agar orang lain dapat menghargai kehidupan ini..setiap yang berlaku dalam hidup ini adalah rencah yang mampu memberi seribu ketenangan..bersandarlah pada Allah,anda akan menemui jalan BAHAGIA..alhamdulillah..InsyaAllah,jom jadi hamba yang taat..wallahualam~

hati2 dgn perkataan salam...


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَم...ُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

zaman sekarang


zaman sekarang orang dah pandai cakap dengan laptop,
zaman sekarang kalau bercakap dah tak payah pakai suara,
zaman sekarang semuanya pakai sentuh sentuh aja,
zaman sekarang kawan beribu-ribu dalam komputer,
zaman sekarang overseas di hujung jari
zaman sekarang orang tua pun masih budak budak dalam bukunota
zaman sekarang library dalam google aje
zaman sekarang tak yah peluh-peluh nak berkebun
zaman sekarang tweet sana tweet sini
zaman sekarang buka muka nampak buku
zaman sekarang cinta dan setia itu nilai2 murni
zaman sekarang pengorbanan hanya pada nafsu dan keseronokan
zaman sekarang............................................................

Renungan Bersama


Ramai orang sibuk nak mengubah Dunia..tetapi dia lupa nak mengubah Diri Sendiri..
Ramai orang sibuk nak mengejar Dunia..tetapi dia lupa nak mengejar akhirat..
Ramai orang sibuk nak mengejar akhirat...tetapi dia lupakan segala tanggungjawabnya di dunia..
Ramai orang begitu bersemangat nak berjaya..tetapi dia lupa dan malas tuk berusaha
Ramai orang ingin mendirikan rumahtangga..tetapi lupa untuk bersiap menghadapinya...
Ramai orang sayangkan isteri/suami..tetapi dia lupa tuk menyayangi ibu dan bapanya...
Ramai orang cintakan Allah..tetapi dia acapkali membuat perkara yang dilarangNYA..
Ramai orang sayangkan Nabi..tetapi ramai yang lupa tuk berselawat atasnya..
Ramai orang yang memegang jawatan dan tanggungjawab...tetapi dia lupa tuk menyempurnakan tanggungjawab yang sedia ada...
dan sahabat...
Ingatlah...
Ramai orang yang bersiap sedia tuk hidup...tetapi ramai di antara kita yang terlupa tuk bersiap-sedia menghadapai pengakhiran sakratulmaut kita....

Tiada Yang Milik Kita..


aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
...
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jauhi Diri Dari Zina..


ZINA adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar
Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.
Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).
Thabrani Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”
Buruknya padah dan balasan orang melakukan zina di dunia diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.
Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.
Rasulullah SAW diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Rasulullah SAW ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)
Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).
Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).
Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Mimpi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..(*_*)

Tolong ingatkan Aku


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahir...

Saturday, October 1, 2011

Mengecilkan hati

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.
... 
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Friday, September 2, 2011

Time is Gold...


Time anda mbawa Al-Quran, syaitan blh chill lg.
Time anda mbukanya, syaitan stat to "weh dia ni da apahal doh".
Time anda mbacanya, syaitan da gigil .
Time anda memahaminya, syaitan cramp whole body .
Time anda m'amalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke Teruskn baca & amalknnya spya syaitan totally stroked , jntungnya mati
......When u guys wanna send this msg , syaitan pn m'cegahnya.
Syaitan kta"Jgn SEBARKAN,x pnting,BUANG MASA je"
So tggu pe lg?Jom sebarkan

bacalah

"Barangsiapa membaca 'LAAILAAHA ILLALLAAH-HU WAHDAHULAA SYARIKA LAHU, LAHU-MULKUWA LAHUL-HAMDU. YUHYI WAYUMIITU WA HUWA HAIIYUN LAAYAMUUTU BIYADIHIL-KHAIRU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN-QODIR' sebanyak 400 kali sebelum drpd solat sunat hari raya (sama ada 'Idul-Fitri atau 'Idul-Adha), dia akan dikahwinkan oleh Allah Taala dgn 400 bidadari (Hawrul-'Ayn) dan mendapat pahala seperti memerdekakan 100 raqabah (hamba)."

Tuesday, August 16, 2011

Renungan Bersama

Secebis renungan dan ingatan bersama....sempena nuzul Al-Qu'ran 17 Ramadhan 1432H/ 17 Ogos 2011M. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Bacalah Al-Qu'ran pada hari akhirat nanti akan datang membawa syafaat kepada orang-orang yang membacanya."Kata - kata hukama 'Al-Qu'ran bagaikan air yang membasahi tanaman, mengharumi ruangan dan penyejuk bagi jiwa.

Saturday, August 13, 2011

Niat dan Amal

“Sesungguhnya setiap amalan dengan niat. Dan sesungguhnya setiap manusia(akan mendapat sesuatu) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya adalh kerana Allah dan Rasulnya dan sesiapa berhijrah untuk mendapatkan dunia atau berkahwin dengan perempuan maka hijrahnya adalah untuk yang hendak dihijrahkan.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
Hadis ini menjelaskan kepentingan niat dalam menentukan sesuatu amalan kebaikan sama ada menjadi ibadah atau bukan, dan ikhlas atau tidak.

Jangan Bersedih , Selama Anda Memahami Islam

Sungguh menderita manusia yang tidak memahami Islam dan belum mendapat petunjukuntuk sampai kepadanya. Sesungguhnya Islam perlu diserukan dan disiarkan oleh para pemeluknya dan orang-orang yang mendukungnya. Islam perlu  kepada sebuah iklan dunia yang besar-besaran kerana Islam adalah sebuah khabar yang Agung. Dan seruan kepadanya hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan penuh etika kerana kebahagiaan manusia tidak akan ditemui kecuali dalam agamayang benar dan kekal ini.
Barangsiapa mencari agama lainselain agama islam, maka sekali- kalitidaklah akan diterima (agama itu) darinya…. (Ali – ‘Imran: 85)