persada

persada

Saturday, February 11, 2012

Kelebihan Solat Berjemaah...


Pertembungan antara tuntutan duniawi dengan ukhrawi membuatkan umat Islam pada akhir zaman ini semakin payah melaksanakan solat berjemaah sama ada di masjid mahupun surau di kejiranan tempat tinggal mereka.
Sedangkan kalau diteliti beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadis, jelas dinyatakan tentang kelebihan atau ganjaran daripada solat berjemaah.
Antaranya, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat. (Riwayat Muslim)
Begitu juga yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya solat berjemaah dua 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian (riwayat Muslim).
Manakala dalam surah al-Nisaa’ ayat 102 yang menunjukkan bahawa semasa dalam medan perang sekalipun, kita diperintah oleh Allah SWT untuk bersolat secara berjemaah. Inikan pula jika di dalam keadaan aman, maka ia adalah lebih utama.
Hakikatnya, kalau disoroti sirah Rasulullah SAW, didapati bahawa baginda mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke Madinah.
Selama 13 tahun baginda tinggal di Mekah, solat berjemaah tidak dapat dilaksanakan secara aman kerana umat Islam pada ketika itu sentiasa diancam oleh pihak kafir Quraisy.
Maka pada masa itu solat hanya dilaksanakan secara bersembunyi atau bersendirian. Bagaimanapun perpindahan atau penghijrahan ke Madinah membolehkan solat berjemaah dilakukan secara terang-terangan.
Menyedari hukum solat jemaah itu adalah fardu kifayah maka tidak kurang juga yang mengambil mudah mengenainya.
Ramai yang berfikir bahawa solat fardu berjemaah bersama keluarga adalah lebih baik. Sedangkan itu tidak ditunjukkan oleh Rasulullah. Jika ada pun, hanyalah dengan solat-solat sunat.

42 Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.


Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
 
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
 
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
 
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
 
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
 
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
 
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
 
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
 
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
 
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Monday, February 6, 2012

Perkongsian Isi Hati

Boyfriend: Saya rasa kita kena break sekarang!

Girlfriend: Kenapa? Awak tak sayang kat saya dah ke?

Boyfriend: Sebab saya sayang awaklah, saya kena break dengan awak...

Girlfriend: Jadi kenapa?

Boyfriend: Tiap2 hari awak call saya, mesej saya, tanya khabar saya.. tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?

Girlfriend: (diam...)

Boyfriend: Saya kesian dekat mak ayah awak.. saya takpela.. couple ni dosa tapi lelaki tanggung dosa dia sendiri... tapi awak tak... sebelum awak kahwin, mak & ayah awak akan tanggung dosa awak... awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?Awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu... mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.

Girlfriend: Hurm...

Boyfriend: Awak tunggu saya boleh? Kalau ada jodoh kita, saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga Allah, InsyaAllah.

Girlfriend: Mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu... Terima kasih awak