persada

persada

Saturday, August 13, 2011

Niat dan Amal

“Sesungguhnya setiap amalan dengan niat. Dan sesungguhnya setiap manusia(akan mendapat sesuatu) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya adalh kerana Allah dan Rasulnya dan sesiapa berhijrah untuk mendapatkan dunia atau berkahwin dengan perempuan maka hijrahnya adalah untuk yang hendak dihijrahkan.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
Hadis ini menjelaskan kepentingan niat dalam menentukan sesuatu amalan kebaikan sama ada menjadi ibadah atau bukan, dan ikhlas atau tidak.

Jangan Bersedih , Selama Anda Memahami Islam

Sungguh menderita manusia yang tidak memahami Islam dan belum mendapat petunjukuntuk sampai kepadanya. Sesungguhnya Islam perlu diserukan dan disiarkan oleh para pemeluknya dan orang-orang yang mendukungnya. Islam perlu  kepada sebuah iklan dunia yang besar-besaran kerana Islam adalah sebuah khabar yang Agung. Dan seruan kepadanya hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan penuh etika kerana kebahagiaan manusia tidak akan ditemui kecuali dalam agamayang benar dan kekal ini.
Barangsiapa mencari agama lainselain agama islam, maka sekali- kalitidaklah akan diterima (agama itu) darinya…. (Ali – ‘Imran: 85)