persada

persada

Sunday, November 13, 2011

Siapakah Mahran Para Wanita??

Dewasa ini muslimah sering keliru mengenai siapakah mahram mereka. Bagi menjawab kekeliruan tersebut nisa' senaraikan golongan mahram wanita dengan harapan nisa'-nisa' diluar sana akan lebih memahami siapakah mahram mereka dan siapakah ajnabi mereka. 
Mahram adalah golongan yang haram dikahwini,ajnabi adalah golongan yang haram diperlihatkan aurat kepada mereka. Lelaki selain mahram adalah ajnabi.
SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM DENGAN WANITA.
1. Suami
2. Bapa sendiri ( bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.
~semoga bermanfaat~
wallahualam

1 comment:

Fana said...

BUKAN MAHRAN LA.. MAHRAM LAA.. TAJUK TU SILAP