Nasihat
merupakan  suatu perkara wajib bagi tiap-tiap individu. Nasihat bermakna 
memelihara hati orang yang diberi nasihat dan suci daripada tipu daya serta
khianat. 
Nasihat juga merangkumi perkara-perkara berkaitan Islam, Iman dan Ihsan.
Nabi 
menyarankan sasaran nasihat iaitu nasihat kepada Allah dengan cara
menunaikan segala 
perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Nasihat kepada kitab
Allah (Al-Qur'an) dengan 
cara mempelajari, memahami dan mengamalkan apa sahaja
hukum yang terdapat di 
dalamnya. Seterusnya mengajar dan menyampaikan kepada
orang lain. Nasihat kepada 
Rasulullah s.a.w dengan cara mentaati segala sunnah
baginda yang ditinggalkan kepada 
kita dan menerima sunnah baginda yang
ditinggalkan kepada kita dan menerima sunnah 
seiring dengan Al-Qur'an. Kita
bukan sahaja diwajibkan mentaati Baginda sewaktu hidup 
bahkan setelah baginda
wafat pun ketaatan wajib dilakukan. Nasihat kepada imam-imam 
orang Islam
(pemimpin atau pemerintah) dengan cara menasihati mereka agar barlaku baik 
dalam
pemerintahan. Jujur dan ikhlas dalam menerajui masyarakat. Menegakkan makruf
dan 
menjauhi mengkar, ketaatan untuk mereka hanya berlaku apabila pemerintah
mengamalkan 
apa yang dituntut oleh Allah s.w.t. Kita wajib mentaati mereka
selagi mana pemerintahan 
mereka tidak keluar dari syariat Islam.
Sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak mementingkan urusan orang
Islam, 
maka ia bukan dari kalangan mereka, sesiapa yang diwaktu-waktu pagi dan
petang tidak 
menasihati tentang Islam, Rasul dan Kitabnya kepada imam
(pemimpinnya) dan orang-orang 
awam, maka ia bukan dari kalangan mereka."
Dewasa
ini amalan nasihat menasihati di kalangan kita telah mula pudar. Sikap ego dan 
sombong menyebabkan hati tertutup daripada menerima nasihat, kita ingat kitalah
manusia 
yang sempurna serta tidak perlu ditegur. Apabila di nasihat atau
ditegur kita akan mudah 
melenting. Bukankah itu satu perkara yang merugikan
kita. Sebenarnya tiap-tiap manusia 
memerlukan nasihat, kita tidak dapat menilai
diri kita kerana kita bukannya manusia yang 
sempurna dalam setiap aspek. Hanya
orang lain yang memandang kita sahaja yang dapat 
menilai serta membantu kita
dalam proses untuk menjadi manusia yang hampir kepada 
kesempurnaan. Menerima
nasihat bukan bermakna kita akan dipandang hina tetapi 
menerimanya merupakan
amanah serta kepercayaan orang ramai terhadap kita.
Justeru
itu, marilah kita sama-sama kita membuka serta melapangkan hati seluas-luasnya 
bagi menerima apa sahaja nasihat dan kritikan daripada saudara kita.
Sesungguhnya 
nasihat itu bertujuan untuk membina peribadi muslim serta
mengingatkan kita kepada 
kekuasaan Allah Ta'ala.
rujukan : Suara Pusat
Islam Upm
No comments:
Post a Comment